ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 15. Memeriksa orang-orang yang kena tangkap.

(1) Apabila seseorang itu ditangkap -

maka Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan itu boleh memeriksa orang itu dan merampas segala barang-barang yang ada padanya selain daripada pakaian yang menutup auratnya, dan menyimpan barang-barang itu di tempat yang selamat, dan apa-apa barang yang atas sebab-sebab yang boleh dipercayai adalah alat yang digunakan untuk melakukan kesalahan boleh disimpan hingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(2) Senarai semua benda yang dirampas hendaklah dicatatkan oleh pegawai yang menangkap dan ditandatangani olehnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.