ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 148. Menyembunyikan wasiat.

(1) Sesiapa dengan sengaja menyembunyikan apa-apa suratan wasiat adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa suratan wasiat yang disembunyikan, dirampas dari simpanan mana-mana pihak.

(3) Sesiapa yang bersubahat melakukan atau menyebabkan berlakunya perkara yang menjadi kesalahan dalam subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.