ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN



Seksyen 3. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain-

"akil" ertinya sempurna akal;

"baligh" ialah seorang yang cukup umur mengikut Hukum Syarak' ;

"bayyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah;

"dokumen" ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah atas apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan-
atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;

MISALAN
"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 [Pg. En. 7/93];

"fakta" ertinya dan termasuklah-
"fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya atau tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan; "filem" ertinya dan termasuk mikrofilem dan apa-apa negatif;

"Hakim" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masingnya di bawah seksyen 44, 45 dan 46 Enakmen Pentadbiran;

"Hukum Syara" ertinya Undang-undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah menurut Jawatankuasa Syariah;

"Jawatankuasa Syariah" ertinya Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 39 Enakmen Pentadbiran:

"keterangan" termasuklah-
"komputer" ertinya apa-apa peranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau hal lain; atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa pun peranti itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau berturutan atau walau bagaimana jua pun selainnya disatukan, alat-alat itu hendaklah dikira sebagai komputer tunggal;

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 Enakmen Pentadbiran;

"mikrofilem" ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuk mikrofis;

"negatif" ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuk apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 63 Enakmen Pentadbiran;

"qarinah" ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang tersebut dalam Enakmen ini;

"saksi" tidak termasuk plaintif, defenden dan orang tertuduh;

"syahadah" ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz "asyhadu" untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan;

" 'urf" ertinya adat atau kebiasaan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbualan.

(2) Dalam Enakmen ini-
(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.