ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 5
Keterangan Dokumen



Seksyen 56. Membuktikan dokumen.

(1) Jika seseorang menafikan tulisan, penyempurnaan atau tanggungan yang diwujudkan di dalam sesuatu dokumen, tulisan dan penyempurnaan dokumen tersebut hendaklah dibuktikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi kepada dokumen itu.

(2) Jika saksi kepada dokumen itu tidak boleh didapati, tulisan atau penyempurnaan dokumen itu hendaklah dibuktikan oleh dua orang saksi yang mengenali tulisan dan tandatangan orang yang menulis dan menyempurnakan dokumen itu.

(3) Jika saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut di dalam subseksyen (2) menyaksikan tulisan atau tandatangan itu, orang yang menyempurnakan dokumen tersebut hendaklah terikat dengan tanggungan yang diwujudkan.

(4) Jika saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut di dalam subseksyen (2) tidak menyaksikan tulisan atau tandatangan dokumen itu sepenuhnya, tulisan atau tandatangan dokumen itu hendaklah diperakui sah oleh seboleh-bolehnya dua orang pakar.

(5) Jika pakar mengakui sah tulisan dan tandatangan dokumen itu, orang yang menyempurnakan dokumen itu, hendaklah terikat dengan tanggungan yang diwujudkan.

(6) Jika dokumen tidak boleh dibuktikan dengan cara-cara yang tersebut di atas, orang yang menafikan tulisan itu atau penyempurnaan dokumen itu hendaklah, apabila diminta oleh pihak yang menuntut, mengangkat sumpah dan jika ia tidak mahu bersumpah, sumpah itu dikembalikan kepada pihak yang menuntut dan selepas sumpah itu dibuat sabitlah tuntutannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.