ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM



Seksyen 12. Pendaftaran

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada orang atau kumpulan orang boleh menubuhkan atau mendirikan Sekolah Islam melainkan jika ia didaftarkan mengikut peruntukan Enakmen ini.

(2) Semua Sekolah Islam yang ditubuhkan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa, sama ada telah didaftarkan dengan Majlis atau mana-mana pihak berkuasa yang lain, hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan Enakmen ini dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(3) Bagi maksud subseksyen (2), Pendaftar bolehlah mengeluarkan apa-apa perintah atau arahan yang difikirkannya patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.