ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA UGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 61. Kuasa merekod kenyataan dan pengakuan salah.


(1) Mana-mana Qadhi boleh merekodkan apa-apa kenyataan atau pengakuan salah yang dibuat kepadanya pada bila-bila masa sebelum permulaan penyiasatan atau pembicaraan.

(2) Kenyataan atau pengakuan salah tersebut hendaklah direkodkan sepenuhnya dengan bertulis oleh Qadhi yang menerima kenyataan atau pengakuan itu dan hendaklah kemudiannya dihantar kepada Qadhi, jika kes itu dibicarakan di hadapan Qadhi lain.

Tidaklah boleh seseorang Qadhi merekodkan mana-mana kenyataan atau pengakuan salah tersebut melainkan apabila disoal orang yang membuatnya itu Qadhi itu ada sebab mempercayai bahawa pengakuan itu telah dibuat dengan sukarela, dan apabila dia merekodkan apa-apa pengakuan salah dia hendaklah membuat suatu peringatan di bawah rekod itu yang bermaksud seperti berikut-

Saya percaya bahawa pengakuan salah ini telah dibuat dengan sukarela. Ia telah diambil di hadapan dan dalam pendengaran saya dan telah dibaca balik kepada orang yang membuatnya dan diakui olehnya betul dan ia adalah mengandungi kenyataan yang penuh dan betul akan apa yang telah dikatakannya.

( Ditandatangani )
Qadhi."

(4) Seseorang Qadhi yang mengambil dan merekodkan apa-apa kenyataan atau pengakuan salah tidaklah boleh dilucutkan kelayakannya sebagai seorang yang telah mengambil dan merekodkannya demikian itu daripada membicarakan kes itu.

(5) Tidaklah boleh apa-apa sumpah atau ikrar dikenakan ke atas seseorang yang membuat kenyataan atau pengakuan salah sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.