ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994
BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
Seksyen 143. Keputusan mengenai rayuan.
Semasa pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Tinggi Syariah boleh-
(a)
menolak rayuan itu jika ia berpendapat bahawa tiada alasan yang mencukupi untuk mengganggu;
(b)
dalam rayuan daripada perintah pembebasan, membatalkan perintah itu, dan mengarahkan supaya tertuduh itu dibicarakan semula atau mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman ke atasnya mengikut undang-undang;
(c)
dalam rayuan daripada sabitan atau dalam rayuan tentang hukuman-
(i) menolak pendapat itu dan membatalkan hukuman dan membebaskan atau melepaskan tertuduh, atau memerintahkan supaya dia dibicarakan semula; atau
(ii) mengubah pendapat, mengesahkan hukuman, atau, dengan atau tanpa mengubah pendapat itu, mengurangkan atau menambah hukuman atau mengubah, jenis hukuman;
(d)
dalam rayuan daripada apa-apa perintah lain, mengubah atau membatalkan perintah itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.