ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 104. Soalan yang dibenarkan dalam pemeriksaan balas.
Apabila seseorang saksi boleh diperiksa-balas, maka dia bolehlah, sebagai tambahan kepada soalan-soalan yang tersebut dahulu daripada ini, ditanya apa-apa jua soalan yang boleh-
(a)
menguji ketepatannya, kebenarannya atau kebolehpercayaannya;
(b)
menentukan siapakah dia dan apakah kedudukannya dalam masyarakat; atau
(c)
melemahkan kebolehpercayaannya dengan jalan mencemarkan sifat perangainya walaupun jawapan kepada soalan tersebut mungkin secara langsung atau tidak langsung boleh mengaitkan perbuatan jenayah olehnya, atau boleh mendedahkan atau mungkin secara langsung atau tidak langsung mendedahkannya kepada sesuatu hukuman atau perlucuthakan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.