ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 28. Membetulkan kesilapan.

(1) Jika Ketua Pendaftar berpuashati melalui akuan berkanun atau selainnya bahawa sesuatu catatan berhubungan dengan perkahwinan adalah silap pada bentuk atau isinya, ia boleh, di hadapan orang-orang yang bernikah itu, atau, jika mereka tidak ada, di hadapan dua orang saksi yang boleh dipercayai, membetulkan kesilapan itu dengan memotong sesuatu catatan dalam Buku Daftar Nikah yang silap itu dan membuat catatan yang betul di dalamnya.

(2) Ketua Pendaftar hendaklah menandatangani dan mentarikhkan pembetulan yang dibuat dalam Buku Daftar Nikah itu.

(3) Tiap-tiap catatan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah diakusaksi oleh saksi-saksi yang di hadapannya catatan itu telah dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.