ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN ( PLIDING )
Seksyen 60. Butir-butir.
(1) Jika mana-mana surat guaman tidak mengandungi butir-butir yang cukup, Mahkamah boleh dengan usul sendirinya atau atas permohonan mana-mana pihak memerintahkan pihak yang bertanggungjawab untuk memfail dan menyebab disampaikan butir-butir lanjut dan lebih baik, dan boleh menggantung semua prosiding sehingga perintah itu dipatuhi.
(2) Butir-butir lanjut dan lebih baik boleh difail dan disampaikan atas permintaan tanpa perintah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.