ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 132. Perkahwinan yang melanggar peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

Seseorang yang menikahkan atau membuat peraturan menikahkan suatu perkahwinan di antara orang-orang yang kedua-duanya orang Islam dengan melanggar peruntukan Enakmen ini atau sengaja menjalankan sebarang perkahwinan yang tidak sah mengikut peruntukan Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan yang hendaklah dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.