ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB VII
DARIHAL BIDANGKUASA MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH DALAM PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 68. Tempat pembicaraan jika perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab perkaitan dengan kesalahan lain.


Apabila suatu perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab perkaitannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga menjadi atau yang akan menjadi suatu kesalahan jika orang yang melakukannya itu berkebolehan melakukan suatu kesalahan, maka pertuduhan atas kesalahan yang pertama tersebut itu boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa di mana satu perbuatan itu telah dilakukan.

Penjelasan- Suatu pertuduhan boleh disiasat atau dibicarakan sama ada oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa suhabat itu telah dilakukan atau oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.