ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VII
BAB XXVII
Perkara Am



Seksyen 221. Orang yang dibebaskan atas jaminan hendaklah memberi alamat.

Apabila seseorang dibebaskan atas jaminan, dia hendaklah memberi Mahkamah atau pegawai di mana jaminan itu dibuat, alamat di mana semua notis dan proses Mahkamah boleh disampaikan kepadanya dan jika orang itu tidak dijumpai atau atas sebab-sebab lain penyampaian notis atau proses Mahkamah tidak dapat dibuat kepadanya, notis atau proses Mahkamah yang ditinggalkan untuk orang itu di alamat yang diberi olehnya hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan kepadanya dengan sempurna.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.