ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 11. Bidangkuasa Mahkamah Qadhi Jajahan.

Mahkamah Qadhi Jajahan hendaklah:

(1) Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang mana hukuman maksima yang diperuntukkan oleh undang-undangitu dengan denda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali dan bolehlah mengenakan apa-apa hukuman yang ditetapkan baginya.

(2) dalam bidangkuasa sivilnya, membicara dan menentukan segala tindakan dan pembicaraan mengikut kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Qadhi Besar untuk mendengar dan menentukan dalam mana amaun atau nilai hal-perkara yang dipertikaikan itu tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang, dikecualikan dalam perkara nasab.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.