ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 87. Cara memberi keterangan.

(1) Dalam kes sivil keterangan hendaklah diberi oleh plaintif dan defendan. Defendan yang engkar hendaklah diminta bersumpah mengikut Hukum Syarak.

(2) (a) Apabila sumpah dibuat oleh defendan, tuntutan plaintif tertolak secara mutlak.
(3) Di dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberi bagi pihak pendakwa dan bagi pihak yang dituduh kecuali jika pihak tertuduh mengaku salah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.