ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Penghakiman Mahkamah menjadi Qarinah
Seksyen 32. Fraud atau pakat sulit dalam mendapatkan penghakiman atau ketakwibawaan Mahkamah boleh dibuktikan
Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding lain boleh menunjukkan bahawa apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang ialah
qarinah
di bawah seksyen 28, 29 atau 30, dan yang telah dibuktikan oleh pihak menentang, telah diumumkan oleh Mahkamah yang tak berwibawa untuk mengumumkannya atau telah didapati dengan cara fraud untuk pakat sulit.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.