ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 56. Membuktikan dokumen.

(1) Jika orang yang menyempurnakan dokumen menafikan tulisan atau penyempurnaan atau tanggungan yang diwujudkan di dalam sesuatu dokumen, maka tulisan dan penyempurnaan dokumen tersebut hendaklah dibuktikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi kepada dokumen itu.

(2) Jika saksi kepada dokumen itu tidak boleh didapati, tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah dibuktikan oleh dua orang saksi yang boleh mengenalpasti tulisan dan tandatangan orang yang menulis dan menyempurnakan dokumen itu.

(3) Jika saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut di dalam subseksyen (2) boleh mengenalpasti tulisan dan tandatangan itu, orang yang menyempurnakan dokumen tersebut hendaklah terikat dengan tanggungan yang diwujudkan.

(4) Jika saksi atau orang yang disebut di dalam subseksyen (2) tidak mengenalpasti tulisan dan tandatangan dokumen itu dengan sebulat suara, tulisan dan tandatangan dokumen itu hendaklah diperakui sah oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar.

(5) Jika pakar mengenalpasti tulisan dan tandatangan dokumen itu, orang yang menyempurnakan dokumen itu hendaklah terikat dengan tanggungan yang diwujudkan.

(6) Jika dokumen tidak boleh dibuktikan dengan cara yang tersebut di atas, orang yang menafikan tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah, apabila diminta oleh plaintif, mengangkat sumpah dan jika dia enggan sumpah itu dikembalikan kepada plaintif dan selepas itu terbuktilah tuntutannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.