ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001
BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan Tentang Dokumen
Seksyen 63. Anggapan tentang dokumen yang dikemukakan sebagai rekod keterangan.
Bilamana dikemukakan di hadapan mana-mana Mahkamah mana-mana dokumen yang berupa sebagai suatu rekod atau memorandum mengenai keterangan atau mengenai mana-mana bahagian keterangan yang telah diberikan oleh saksi dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, atau yang berupa sebagai suatu
iqrar
oleh mana-mana banduan atau orang tertuduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan berupa sebagai ditandatangani oleh mana-mana Hakim Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Seksyen atau Majistret atau oleh mana-mana pegawai sedemikian yang disebut terdahulu, maka Mahkamah hendaklah menganggap bahawa-
(a)
dokumen itu adalah tulen;
(b)
bahawa apa-apa pernyataan yang berupa sebagai dibuat oleh orang yang menandatanganinya tentang hal keadaan dalamnya ia diambil, adalah benar; dan
(c)
keterangan, pernyataan atau
iqrar
itu telah diambil dengan sewajarnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.