ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN



Seksyen 53. Kaedah-Kaedah tentang notis supaya mengemukakan.

Keterangan tak asal mengenai kandungan suratan yang tersebut dalam seksyen 52 (1) (a) tidak boleh diberi melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberi keterangan tak asal itu telah terlebih dahulu memberi kepada pihak yang ada memiliki atau ada di bawah kuasanya suratan itu, atau kepada peguam Syariahnya, suatu notis yang ditetapkan oleh undang-undang, dan jika sekiranya tiada notis yang ditetapkan oleh undang-undang, maka notis itu hendaklah sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah menurut hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa notis yang seumpama itu tidaklah dikehendaki bagi menjadikan keterangan tak asal boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang Mahkamah berpendapat notis itu tidak dikehendaki-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.