ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 126. Penafian (ta'in) ke atas saksi.

Apabila pihak kena tuntut atau kena dakwa telah menafikan (ta'n) ke atas saksi sama ada sebelum atau selepas membuat pemeriksaan saksi dengan mengemukakan sesuatu yang menghalang penerimaan keterangan, Hakim hendaklah memintanya supaya memberi keterangan.

Huraian- Apabila pihak kena tuntut atau pihak kena dakwa membuktikan apa yang dia kata dengan keterangan, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi tersebut. Sebaliknya jika pihak kena tuntut atau pihak kena dakwa gagal membuktikan apa yang dia kata, Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaannya jika dia belum berbuat demikian dan memberi keputusan keterangannya jika ia telah membuat pemeriksaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.