ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 5. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Ordinan ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Ordinan ini.

(1) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Ordinan ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh ditetapkan.

(2) Perkahwinan sedemikian, jika sah di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Ordinan ini.

(3) Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak diakui di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.