ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan seorang Islam kepada pengaruh- pengaruh suatu agama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, memaksa, menghasut, menggalakkan, atau membenarkan seorang lain yang beragama Islam supaya menerima ajaran dalam suatu agama bukan Islam, atau supaya mengambil bahagian dalam apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan suatu agama bukan Islam atau dalam apa-apa aktiviti yang dianjurkan atau dikelolakan oleh atau adalah untuk faedah suatu agama bukan Islam atau apa-apa badan atau institusi yang berkaitan dengan suatu agama bukan Islam.

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap suatu pertuduhan di bawah subseksyen (1) bahawa tertuduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, telah diberitahu bahawa orang itu bukanlah seorang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.