ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB IX - PERUNTUKAN AM



Seksyen 100. Hukum Syarak hendaklah dipakai bila tiada peruntukan.

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran mana-mana peruntukan di dalam Enakmen ini yang berlawanan dengan Hukum Syarak adalah tidak sah setakat mana ia berlawanan.

(2) Mengenai apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau mana-mana peruntukan dalam Enakmen ini tidak menyatakan apa-apa perkara dengan jelas, Mahkamah hendaklah mengikuti Hukum Syarak.



Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 8hb Jamadilawal, 1410 bersamaan dengan 6hb Disember, 1989.

MIHAT BIN SHAARI,
Setiausaha, Dewan Undangan Negeri
Kedah Darulaman

[PSU(K) 286/1410; PUN (K) 31/89]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.