ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT



Seksyen 61. Penggeledahan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Jika seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan menimbangkan bahawa apa-apa dokumen atau benda lain adalah perlu bagi menjalankan penyiasatan atas apa-apa kesalahan yang dia berkuasa menyiasat dan ada sebab mempercayai bahawa -

maka pegawai itu boleh menggeledah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mendapatkan dokumen atau benda di mana-mana tempat.

(2) Pegawai tersebut hendaklah, jika boleh, menjalankan penggeledahan itu sendiri.

(3) Jika ia tidak berupaya menjalankan penggeledahan itu sendiri, dia boleh mengarahkan mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama membuat penggeledahan itu, dan dia hendaklah menyerahkan kepada pegawai itu suatu perintah secara bertulis menyatakan dokumen atas benda lain yang hendak dicari itu dan tempat yang hendak digeledah itu dan pegawai itu bolehlah kemudiannya menggeledahkan barang tersebut di tempat yang disebutkan.

(4) Peruntukan Enakmen ini mengenai waran penggeledahan hendaklah, setakat mana yang boleh, dipakai kepada penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.