ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 85. Keterangan suami, isteri, ibubapa, dan anak sebagai saksi.

(1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isterinya terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(2) Keterangan seorang anak terhadap ibubapanya atau keterangan ibubapanya terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah dan bayyinah.

(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai bayyinah.

(4) Keterangan ibubapa bagi anaknya dan keterangan anaknya bagi ibubapanya boleh diterima sebagai bayyinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.