ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN VI - PENUBUHAN LEMBAGA HAL-EHWAL ISLAM DAN ADAT MELAYU, LEMBAGA MASJID-MASJID, DLL.
Lembaga Masjid-Masjid



Seksyen 57. Penubuhan Lembaga Masjid-Masjid.

(1) Maka hendaklah ditubuhkan, bagi maksud Ordinan ini, suatu Lembaga Masjid-Masjid yang hendaklah terdiri tidak kurang daripada enam orang anggota, termasuk Pengerusi, tetapi tidak lebih daripada dua belas orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, atas syor Majlis, bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

(2) Adalah menjadi tanggungjawab Lembaga Masjid-Masjid, untuk dan bagi pihak Majlis supaya-
(3) Lembaga Masjid-Masjid hendaklah, pada setiap masa, sentiasa memberitahu Majlis tentang hal-ehwal semua masjid di dalam Negeri, dan hendaklah membuat dan mengirimkan atau menyebabkan dibuat dan dikirimkan kepada Majlis laporan-laporan tahunan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti kesemua masjid dan wang yang diterima atau dibelanjakan atau harta yang dilupuskan oleh Lembaga Masjid-Masjid di sepanjang tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.