ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis Dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 60. Perbelanjaan Majlis.

Semua kos, bayaran dan belanja untuk mentadbirkan harta dan aset yang terletak hak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pekhidmat Majlis, dan fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau anggota Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sebagai pekhidmat, pegawai atau anggota Majlis, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Kumpulan Wang Majlis.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.