ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 38. Mengajar Agama tanpa kebenaran.

Seseorang yang mengajar atau menyampaikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan Agama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis kecuali kepada ahli-ahli keluarga di tempat kediamannya sahaja, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.