ENAKMEN 4 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR 1952

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 131. Persetubuhan luar nikah antara orang-orang bercerai.

(1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan semula dengannya tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju' yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu.

(2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang telah berlakunya perceraian itu, maka suami itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada enam bulan atau dengan kedua-duanya.

(3) Seseorang perempuan yang bersyubahat melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.