ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN V
Akaun



Seksyen 67. Banker.

(1) Majlis hendaklah melantik mana-mana banker yang sesuai dan boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkan patut.

(2) Pembayaran-pembayaran oleh Majlis untuk jumlah yang melebihi lima puluh ringgit hendaklah dibuat melalui cek. Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Arahan-Arahan Perbendaharaan.

(3) Cek-cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau oleh mana-mana ahli atau pegawai Majlis yang diberikuasa oleh Pengerusi dan oleh Setiausaha.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.