ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN VI - PUNGUTAN KHAIRAT



Seksyen 66. Pungutan khairat.

(1) Majlis bolehlah memungut atau boleh mengeluarkan surat kebenaran kepada sesiapa atau kumpulan orang mengizinkan orang atau orang-orang itu memungut wang atau apa-apa pemberian kerana khairat bagi menyokong dan menggalakkan Agama Islam mengikut undang-undang Agama Islam dan boleh juga dengan surat kebenaran yang demikian itu menentukan syarat-syarat yang difikirkannya patut.

(2) Hendaklah disifatkan sebagai satu syarat yang tertentu tiap-tiap surat kebenaran iaitu orang yang mendapat kebenaran itu atau tiap-tiap orang lain yang dikuasakan mengikut kebenaran itu memungut wang atau apa-apa pemberian yang lain hendaklah ---

(3) Wang yang dipungut mengikut seksyen ini bolehlah digunakan bagi maksud yang tertentu jika diperintahkan oleh Majlis tetapi jika tiada perintah yang demikian itu hendaklah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(4) Tiada seorang pun boleh membuat pungutan atau mengambil bahagian di dalam pungutan wang bagi penggunaan yang telah disebutkan melainkan dengan kebenaran daripada Majlis atau dengan adanya surat kebenaran daripada Majlis dan menjalan maksud-maksud surat kebenaran yang demikian itu.

(5) Seseorang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya dan mahkamah boleh menghukumkan mana-mana wang atau harta yang dikumpulkan itu diserahkan kepada Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.