ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI
Darihal Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah



Seksyen 138. Penghantaran rekod prosiding.

Apabila pihak merayu telah memenuhi peruntukan seksyen 137, Mahkamah dari mana rayuan itu dibuat hendaklah menghantar kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan kepada Ketua Pendakwa Syarie dan kepada perayu atau wakilnya satu salinan rekod prosiding yang bertandatangan dan alasan keputusan bersama dengan satu salinan notis dan petisyen rayuan




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.