ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN V - PENERIMAAN DAN PENOLAKAN WASIAT



Seksyen 19. Menerima sebahagian daripada wasiat.

(1) Jika seseorang benefisiari menerima sebahagian daripada wasiat dan menolak sebahagian yang lain, penerimaan itu sah setakat bahagian yang diterima itu dan tidak sah setakat bahagian yang ditolak itu.

(2) Jika sebahagian daripada benefisiari menerima wasiat dan sebahagian yang lain pula menolaknya, wasiat itu sah berkenaan dengan mereka yang menerimanya dan tidak sah berkenaan dengan mereka yang menolaknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.