ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
PERNYATAAN YANG DIBUAT DALAM KEADAAN KHAS



Seksyen 26. Kerelevanan fakta tentang mana-mana undang-undang yang terkandung di dalam buku undang-undang.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang sesuatu undang-undang bagi sesebuah negara, apa-apa pernyataan mengenai undang-undang itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang dikatakan dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan Negara itu, dan yang mengandungi mana-mana undang-undang itu, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan Mahkamah negara itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang berupa laporan mengenai keputusan itu, adalah relevan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.