ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 16. Bilakah wujudnya perjalanan urusan menjadi qarinah.

Apabila ada persoalan sama ada suatu perbuatan tertentu telah dilakukan, kewujudan apa-apa perjalanan urusan, menurut mana ia sepatutnya telah dilakukan, adalah qarinah.

MISALAN

(a)
Soalnya sama ada suatu surat tertentu telah dikirimkan.

Fakta bahawa telah menjadi perjalanan urusan biasa bagi semua surat diletakkan di suatu tempat tertentu untuk dibawa ke pejabat pos, dan surat tertentu itu telah diletakkan di tempat itu, adalah
qarinah.

(b)
Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah sampai kepada A..

Fakta bahawa ia telah diposkan dalam masa mengikut perjalanan dan telah tidak dikembalikan melalui Pejabat Surat Tak Sampai adalah
qarinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.