ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN III - YANG DIPERTUA, SETIAUSAHA DAN PERJALANAN MAJLIS
Pewakilan Kuasa dan Kewajipan Majlis



Seksyen 32. Pewakilan kuasa dan kewajipan Majlis.

(1) Majlis boleh, melalui ketetapan yang diluluskan oleh Yang di-Pertua Negeri, mewakilkan kepada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua atau Setiausaha atau kepada mana-mana Lembaga yang ditubuhkan di bawah Ordinan ini atau kepada mana-mana jawatankuasa Lembaga itu atau mana-mana jawatankuasa Majlis penjalanan mana-mana kuasanya, yang bukan merupakan kuasa-kuasa kehakiman atau kuasi-kehakiman, atau penunaian mana-mana kewajipannya sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Penjalanan kuasa-kuasa dan penunaian kewajipan-kewajipan menurut pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha, Lembaga atau jawatankuasa yang kepadanya pewakilan telah dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut pewakilan yang sedemikian.

(4) Bagi maksud seksyen ini, kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis oleh seksyen 37 dan 39 hendaklah disifatkan sebagai kuasa-kuasa kuasi-kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.