ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI
Darihal Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah



Seksyen 141. Memasukkan rayuan ke dalam senarai.

(1) Selepas menerima dokumen-dokumen yang disebutkan di bawah seksyen 138 Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah memberi nombor rayuan dan memasukkannya ke dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi notis kepada pihak yang terlibat bahawa rayuan itu telah dimasukkan.

(2) Seberapa segera selepas tarikh pembicaraan ditetapkan Pendaftar hendaklah memberi kepada pihak terlibat notis mengenai tarikh pembicaraan rayuan itu.

(3) Dalam mana-mana kes Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah atas usulnya sendiri atau atas permohonan pihak yang berkenaan dan notis yang munasabah kepada pihak-pihak yang terlibat, mempercepatkan atau menangguhkan pembicaraan rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.