ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - JAMINAN



Seksyen 183. Perlaksanaan jaminan.

Sebelum seseorang dilepas atas jaminan, orang itu dan penjaminnya hendaklah melaksanakan suatu bon bagi jumlah wang yang difikirkan mencukupi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau Mahkamah, atas syarat bahawa orang itu hendaklah hadir pada masa dan di tempat yang disebutkan di dalam bon itu dan ia akan terus hadir melainkan diarahkan sebaliknya oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau Mahkamah, mengikut mana yang berkenaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.