ENAKMEN 5 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 13. Fakta yang menjadi qarinah apabila hak atau ‘urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang kewujudan apa-apa hak atau
‘urf
, maka fakta yang berikut ialah
qarinah:
(a)
apa-apa transaksi yang dengannya hak atau
‘urf
yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuaikan, diiktirafkan, ditegaskan atau dinafikan atau yang tak konsisten dengan kewujudan hak atau
‘urf
itu;
(b)
hal-hal tertentu dalamnya hak atau
‘urf
itu telah dituntut, diiktirafkan atau digunakan atau dalammya penggunaan hak atau
‘urf
itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau tidak diikuti.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.