ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh seseorang yang berpakat jahat berkenaan dengan rancangan bersama.

Jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berpakat jahat bersama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah yang boleh didakwa, apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh seseorang daripada mereka merujuk kepada niat bersama mereka selepas masa apabila niat itu mula-mula dilayan oleh seorang daripada mereka, adalah qarinah terhadap tiap-tiap seorang yang dipercayai berpakat jahat sedemikian, seperti juga bagi maksud membuktikan wujudnya pakatan jahat itu begitu juga bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang itu telah menjadi satu pihak kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.