ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 106. Tidak membayar zakat atau fitrah.

(1) Seseorang yang dikenakan membayar zakat atau fitrah, yang gagal membayar zakat dan fitrah yang ditaksirkan, tanpa mendapat kelulusan untuk membatal atau mengubah di atas tafsiran itu, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Suatu sabitan di bawah seksyen ini tidaklah akan menghapuskan mana-mana hutang zakat atau fitrah.

(3) Mana-mana zakat atau fitrah atau harga yang kena dibayar oleh seseorang bolehlah dituntut seolah-olah beras dan padi yang kena dibayar itu telah diperintah oleh Mahkamah menurut undang-undang supaya diserahkan kepada Majlis atau pun seolah-olah harga-harganya boleh didapati balik daripada denda yang dijatuhkan di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(4) Tertakluk kepada rayuan yang dibuat mengikut undang-undang, maka tidaklah menjadi tanggungan Mahkamah memeriksa sama ada munasabah atau tidak taksiran yang dibuat ke atas zakat atau fitrah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.