ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 84. Bila perbicaraan boleh diteruskan serta-merta selepas pindaan atau penambahan.

(1) Jika sesuatu pindaan atau tambahan dibuat kepada sesuatu pertuduhan menurut seksyen 83, Mahkamah hendaklah dengan serta-merta memanggil tertuduh untuk membuat akuan kepadanya dan menyatakan sama ada dia bersedia untuk dibicarakan atas pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu.

(2) Jika tertuduh menyatakan dia belum bersedia, Mahkamah hendaklah menimbangkan dengan sewajarnya sebab-sebab yang diberikannya dan jika penerusan perbicaraan itu dengan serta-merta tidak mungkin, pada pendapat Mahkamah, memudaratkan tertuduh dalam pembelaannya atau Pendakwa dalam menjalankan kes itu, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, selepas pindaan atau tambahan itu dibentuk atau dibuat, meneruskan perbicaraan itu seolah-olah pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu ialah pertuduhan asal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.