ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Peruntukan Am



Seksyen 9. Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta persoalan atau fakta releven.

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta releven, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu kesimpulan yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta releven, atau yang menentukan pengenalan sesuatu benda atau seseorang yang pengenalannya adalah releven, atau yang menetapkan masa atau tempat di mana sesuatu fakta persoalan atau fakta releven telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya sesuatu fakta itu diuruskan, adalah qarinah setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.