ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2
Bila pendapat orang ketiga qarinah



Seksyen 33. Pendapat pakar.

(1) Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang pengenalan atau ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan nasab, maka pendapat atas perkara itu dari orang yang pakar dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal pengenalan atau ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan nasab maka pendapat atas perkara itu dari orang yang mahir dalam perkara itu adalah fakta qarinah.

(2) Orang yang seumpamanya itu adalah dipanggil pakar.

(3) Seboleh-bolehnya dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika pendapat dua orang pakar bertentangan maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.