ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991
BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN
Seksyen 142. Penyita dan penyerahan.
Apabila perlaksanaan secara penyitaan dan penyerahan sesuatu barang diperintahkan-
(
a
) bailif hendaklah menyita barang itu dan setelah dibayar semua perbelanjaan yang patut dikenakan hendaklah menyerahkannya kepada pemiutang penghakiman;
(
b
) perintah perlaksanaan itu boleh, jika pemiutang penghakiman menghendaki sedemikian, memerintahkan bahawa, jika barang itu tidak dapat dikesan, nilainya hendaklah dikenakan seperti dalam penghakiman asal itu atau ditetapkan oleh Mahkamah kemudiannya;
(
c
) perintah di bawah perenggan (
b
) tidak boleh menjadi halangan kepada prosiding untuk hukuman penjara.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.