ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 50. Perceraian secara li'an.

(1) Apabila suami kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li'an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syar'i dan apabila disabitkan Hakim itu hendaklah menghukum mereka berfarak dan berpisah buat selama-lamanya.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai secara lian dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar untuk didaftarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.