ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.

(1) Enakmen ini boleh dinamakan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Besar melalui pemberitahuan dalam Warta dan hendaklah terpakai bagi seluruh Negeri Sembilan.

(3) Yang di-Pertuan Besar boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi berkuatkuasanya Bahagian atau seksyen yang berlainan dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.