ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - SAMAN



Seksyen 25. Pengeluaran dan penyampaian.

Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan jika saman itu sempurna bentuknya dan jika plaintif telah menjelaskan bayaran sepatutnya (termasuk bayaran untuk penyampaian saman itu) hendaklah memberikan suatu nombor bersiri kepadanya, memeterikan, menandatangani, mengeluarkannya, dan menyerahkannya kepada belif untuk penyampaian. Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak sempurna bentuknya ia boleh menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.