ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - SAMAN
Waran Tangkap



Seksyen 36. Acara yang menangkap orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan.

(1) Apabila waran ditangkap dilaksanakan di luar kawasan bidangkuasa Mahkamah yang mengeluarkannya, maka orang yang telah ditangkap hendaklah, melainkan jaminan telah dibuat di bawah seksyen 32, dibawa ke hadapan Hakim yang terdekat sekali.

(2) Hakim tersebut hendaklah, jika dia mendapati orang yang ditangkap itu adalah orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran, mengarahkan dia dibawa dalam tahanan ke Mahkamah yang dinamakan di dalam waran itu:

Dengan syarat bahawa jika orang yang ditangkap itu bersedia dan bersetuju untuk melaksanakan satu bon dengan penjamin yang mencukupi untuk kehadirannya di Mahkamah yang mengeluarkan waran, atau arahan telah dicatatkan di bawah seksyen 32 di atas waran dan orang tersebut bersedia dan bersetuju untuk memberi jaminan yang diperlukan oleh arahan tersebut, Hakim itu hendaklah mengambil jaminan itu sebagaimana yang sepatutnya dan mengemukakan bon kepada Mahkamah yang disebut di dalam waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.