ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIII - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 183. Amaun bon.

(1) Amaun tiap-tiap bon yang disempurnakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan memberi perhatian wajar kepada hal keadaan kes itu sebagai mencukupi untuk menjamin kehadiran orang yang ditangkap itu, tetapi tidaklah boleh terlampau besar.

(2) Mahkamah rayuan, boleh, dalam mana-mana kes, sama ada terdapat rayuan daripada sabitan atau tidak, mengarahkan supaya mana-mana orang diikat jamin atau supaya jaminan yang dikehendaki oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah bawahan itu dikurangkan atau dinaikkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.